Wednesday, April 22, 2009

Maahad Tarbiyah Islamiyah Al-Ansar (MTIAA)



Maahad Tarbiyyah Islamiyah Al-Ansar (MTIAA) yang dahulunya dikenali sebagai Markaz Daawah Wattarbiyah Islamiyah Al-Ansar, telah diasaskan oleh Ustaz Zakaria Al-Ansari sejak 1978 yang juga merupakan mudir MTIAA. Setelah pemergian beliau pada 30 Disember 2007 MTIAA telah disambung tadbir oleh Saudara Rosazli Bin Md Yasin.
Sekitar 1980an MTIAA membuka peluang pendidikan kepada orang ramai terutama golongan fakir miskin dan anak yatim yang inginkan pendidikan dan pentarbiyahan Islam secara holistik.
MTIAA dari awal penubuhanya dibangunkan serta beroperasi hasil dari sumbangan dan wakaf kaum muslimin yang mempunyai kesedaran terhadap pertrbiyahan Islam yang syumul.


Falsafah Pentarbiyyahan MTIAA:

Pentarbiyyahan MTIAA merupakan satu usaha bersepadu dan berterusan ke arah melahirkan generasi Islam yang unggul dari aspek syakhsiyyah, ilmu dan amalan yang bertunjangkan kepada ISLAM, IMAN DAN IHSAN yang menjadikan ALLAH sebagai MATLAMAT, RASULULLAH sebagai PEMIMPIN, AL-QURAN sebagai PERUNDANGAN, JIHAD sebagai JALAN dan SYAHID sebagai cita-cita yang sentiasa diimpikan.
Mengambil kira potensi dan bakat yang sedia ada ke arah membentuk peribadi unggul pelajar. Ini bertujuan mempersiapkan diri mereka sebagai umat yang mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian supaya diredhai oleh Allah SWT di dunia dan di akhirat.


Visi:

Mengangkat martabat anak yatim yang tak bekemampuan serta golongan miskin khususnya dan masyarakat Islam amnya dalam melahirkan insan kamil di Malaysia melalui pentarbiyahan Islam secara holistik sebagai elemen terpenting.


Misi:

Meningkatkan kualiti pentarbiyahan (pengajaran, pembelajaran, pendidikan dan bimbingan) serta pentadbiran bagi menjadikan MTIAA sebagai pilihan utama kepada masyarakat Muslim



Sistem Pendidikan:

At Ta’lim
Penyampaian ilmu berdasarkan kepada ketetapan konsep

At Tadrib
Mengadakan latihan yang boleh membiasakan diri dengan amalan yang tetap dengan kehendak ilmu

At Ta’dib
Pembentukan peribadi yang tinggi menerusi tindakan yang berkesan

Al Irsyad
Mualim/ah yang berpengalaman memberikan tunjuk ajar dan didikan mengikut bidang tertentu



Pengajian Yang Ditawarkan:

a. Pendidikan bersepadu Diniah dan Akademik
b. Peperiksaan PMRU, PMR, SMU dan SPM
c. TAHFIZ (sepenuh masa)
d. Pengajian Kitab Lama



Syarat Kelayakan:

a. Ada kemahuan untuk menuntut ilmu Islam serta ada keinginan utuk berubah
b. Berumur seawal 10 tahun
c. Sihat tubuh dan minda
d. Tidak terlibat dengan masalah sosial atau berazam untuk menghindarinya.
e. Bersedia menginap di asrama sepenuh masa



Kemudahan:

a. Asrama b. Bilik Kelas c. Surau d. Perpustakaan
e. Makmal Komputer f. Dewan Makan g. Padang f. Lot Pertanian



Aktiviti Ko-Kurikulum:

a. Syabab Fatayat b. Kumpulan Nasyid c. Pertanian



Yuran:

- Pendaftaran: RM50/thn - Asrama: RM60/thn
- Buku & Kitab mengikut tingkatan: sekitar RM 300
- Bulanan: RM200



Lanjutan Pengajian:

- Syahadah di MTID - INSANIAH - Ijazah Dirasat Islamiah MTID
- Universiti Luar Negara ( SYRIA/PAKISTAN/YAMAN/RIAU/INDONESIA)



Pendaftaran:

Isnin – Khamis : 8am – 5pm / Jumaat : 8am – 11am

* untuk pendaftaran sila hubungi : 03-3289630/013-6752831/017-6267360



Sumbangan(hubungi 019-3391702): Hulurkan Sedekah, Zakat, Wakaf ANDA melalui:
• MayBank Berhad 562133001336 (Sekolah Agama Rakyat Al Ansar)


2 comments:

  1. saya ingin tahu serba sedikit tntng sekola ini

    ReplyDelete
  2. boleh saya dapatkan keterangan mengenai sekolah ini.

    ReplyDelete